Monday 1 June 2015

Resepi Keledek Jepun Bakar

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.

Entri kali ini tersasar sikit daripada cerita kek dan bakeri. Tetapi resepi ini masih menggunakan oven. Tambahan pula sekarang ini musim hujan di kampung, jadi suasana pun agak sejuk. Teringat sangat keenakkan keledek jepun bakar yang lembut, harum dan manis itu terutama apabila dimakan pada musim sejuk. Wahh..rindunya.

Nasib baik keledek jepun ini mudah diperolehi di Supermarket besar seperti AEON, Econsave, Tesco dan lain-lain lagi. Harga untuk sekilo pun baru RM9. Kalau kita bakar sendiri akan lebih murah jika dibandingkan apabila kita membeli yang sudah siap di bakar.

Ini resepi yang paling mudah dan pasti sedap. Bahan-bahan yang digunakan juga sedikit.


Bahan-bahan.

3/4 biji Keledek jepun saiz sederhana dan
Aluminium foil



Cara Penyediaan.

1. Basuh bersih keledek jepun tersebut. Seeloknya beli yang saiz agak sama supaya masak dengan sekata. Tak perlu dipotong dan pastikan tiada luka hirisan dan tebukkan. Jika terdapat luka apabila kita bakar nanti airnya akan keluar dan menyebabkan keledek agak kering.

2. Bungkus dengan menggunakan aluminium foil. Fungsi aluminium foil untuk mempercepatkan keledek masak.

3. Bakar dengan oven selama 30 minit pada suhu 200C.

Haa. Mudahkan! Kalau nak lagi mudah lepas basuh boleh terus masukkan keledek kedalam oven dan terus bakar.


Boleh dibuat juadah sarapan pagi atau minum petang. Anak-anak pasti suka.


Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites

No comments:

Post a Comment