Thursday 4 June 2015

Resepi Apam Nasi Mudah

Teks: Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.

Semalam ada sahabat menempah apam nasi untuk minggu depan. Saya memang tidak pernah buat apam nasi tetapi dia siap beri resepi. Mahu tidak mahu saya pun terus cuba di rumah mak memandangkan saya masih bercuti di kampung dan yang lebih penting mak boleh jadi tukang rasa. 

Resepi yang sahabat saya beri adalah dari Pn. Sabrina Khan. Apam nasinya cukup senang dan bahan-bahanya pun mudah diingat. Yang penting sukat guna cawan ya. Disebabkan cawan penyukat tiada, saya guna sahaja cawan kopi pyrex emak. Asal boleh.

Mari kita lihat bahan-bahan yang digunakan oleh beliau. Saya memang ikut semua sukatan dan cara yang diberi oleh Pn. Sabrina Khan.

Bahan-bahan.

2 cawan nasi
1 cawan gula
2.1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1.1/2 sudu besar yis

Cara-cara penyediaan

1. Blend nasi, gula dan air sehingga hancur dan sebati.

2. Sukat tepung gandum, tepung beras dan yis dan masukkan dalam satu bekas.

3. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sebati sebelum di perap selama 3 jam.

4. Selepas 3 jam panaskan air kukusan sehingga mendidih dan masukkan adunan yang telah dimasukkan kedalam loyang atau acuan apam. Saya guna loyang sebab tiada acuan. Jika mengunakan acuan apam bolehlah di kukus selama 15 minit. Saya pula kukus selama 30 minit.



Inilah hasilnya percubaan pertama apam nasi saya. Kena cuba lagi ni tapi mak kata dah ok. Sedap. Selamat mencuba!

Saya boleh dihubungi melalui:

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites



No comments:

Post a Comment