Tuesday 2 June 2015

Tips untuk menyukat butter, kekacang dan bar coklat

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualikum.


Perkongsian kali ini adalah bagaimana cara untuk mengukur bahan-bahan lain seperti butter, shortening, kekacang, telur dan peanut butter. Bahan-bahan ini tidak termasuk di dalam kategori bahan kering atau cecair, ia mungkin diketegorikan di dalam bahan semi-pepejal atau tiada kaitan seperti kekacang. 

Butter & Shortening
Lemak yang berbentuk pepejal pada suhu bilik termasuklah butter dan shortening. Jadi cara menyukat juga agak berbeza. Kebanyakkan butter akan dibungkus dalam kuantiti 250g dan mempunyai tanda pada setiap 50g. Ini memudahkan kita untuk membuat anggaran berat berpandukan pada garisan tersebut. Jika perlu diukur dengan menggunakan cawan. Butter dan shortening perlu ditekan di dalam cawan penyukat sehingga tiada ruang udara dan diratakan dengan menggunakan belakang pisau

Bahan-bahan cincang
Bahan-bahan yang diketegorikan boleh dicincang adalah seperti kekacang, bar coklat ataupun buah-buahan kering. Perlu dipastikan dahulu resepi samaada bahan tersebut perlu dicincang dahulu baru disukat atau disukat dahulu baru dicincang.

Telur.
Pada kebiasaan telur tidak perlu diukur. Memadai dengan beberapa biji yang diperlukan oleh sesuatu resepi. Jika di dalam resepi tidak menyatakan gred telur yang digunakan boleh dianggap telur bersaiz besar iaitu gred A. 

Peanut Butter
Peanut butter mempunyai tekstur seperti shortening di mana ianya likat, melekik dan sukar untuk diurus. Jadi cara menyukat adalah dengan menyudu peanut butter ini ke dalam cawan penimbang kering sehingga penuh yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Fungsi minyak adalah untuk memastikan peanut butter tidak melekat pada cawan.

Ok. Nanti saya kongsikan lagi tips-tips yang lain. Semoga dapat membantu.

Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites

No comments:

Post a Comment