Friday 12 June 2015

Kalau Berbisnes Hati Tak Boleh Selembut Roti Tisu

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualaikum.

Pengajaran yang saya perolehi semalam. Jika berbisnes hati perlu kering, kental, liat dan tak rapuh terutama berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai ragam dan karenah. Macam-macam permintaan ada. Kalau tak percaya jom bisnes baru tahu keadaannya. Kadang-kadang pening juga dibuatnya. Tapi inilah asam garam berbisnes. Kalau hati rapuh memang rasa macam nak mengalah.

Semalam bertemu dengan pelanggan yang sangat bermulut manis. Tak pernah bertemu cuma berbisnes melalui telefon sahaja. Saya terpedaya dengan rayuannya. Selalunya hati ni keras tapi nak buat macam mana. Memang rezeki dia. Memang sangat tidak berbaloi harga yang di minta. Tetapi tidak mengapalah.

Pengajaran baru untuk saya dalam penetapan harga bagi sesuatu barangan. Harga perlulah setimpal dengan modal dan usaha. Jangan letakkan harga terlalu rendah yang hampir dengan kos bahan. Selalunya dalam penetapan harga kita selalu tidak memasukkan upah pembuatan, kos air dan api yang kita anggap sedikit terutama apabila kita bekerja dari rumah. Sepatutnya upah, kos air dan elektrik perlu ditambah sekali barulah kita akan rasa berbaloi. Upah itu pun perlu dikira berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan satu tugasan. Kalau tugasan itu rumit harganya pun perlulah mahal sedikit. Tetapi ini perlu diterangkan kepada pelanggan jika mereka setuju barulah boleh diteruskan.

Jika tidak kita yang akan rugi nanti. Tetapi kalau dah rugi anggap sahaja itu bukan rezeki kita. Esok lusa adalah rezeki baru yang ditakdirkan untuk kita.


Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fanpage : LeeyaSweetBites

No comments:

Post a Comment