Saturday 20 June 2015

Kuih Tepung Pelita

Sumber : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Tepung pelita. Ingatkan susah sangat nak buat kuih ni. Rupanya itu cuma 'mind set' saya sahaja. Tiba-tiba Cik Abang minta nak berbuka puasa dengan kuih tepung pelita. Yang terbayang di kepala adalah daun pandan yang bentuk sampan tu. Susah tu nak buat. 

Tak sampai 5 minit dia dah bagi resepi. Maksudnya petang nanti memang kena buat. Ermmmm. Terus teliti resepi dan bahan-bahan semua ada di dapur. Bolehlah buat. Asalkan buat kalau tak jadi tu lainlah cerita. Janji ada usaha.

Oh ya resepi ini dari fb K Izah akaTun Telani. Terima kasih sudi kongsi resepi. Semoga sentiasa mendapat keberkatan dariNya. Manakala Tun Telani  pula cuba resepi ini dari K Yani @ myR. Menurun-nurun resepi ini. Ramai yang suka.

Bahan-bahannya

Lapisan bawah

1 cawan tepung beras
1cawan gula (saya guna 1/2 cawan sahaja)
5 cawan air
1 sk paste pandan (@4 helai daun pandan digisar dan ditapis)
Sedikit garam dan kapur

Lapisan atas

4 sb tepung beras
2 sb tepung ubi
1 cawan santan kotak ditambah dengan 3 cawan air
1 sk garam

Bahan tambah

Gula untuk diletak di tengah-tengah lapisan

Cara-cara.

1. Masak semua sekali bahan-bahan untuk lapisan atas sehingga kental dan berkilat. Atau meletup-letup. Kemudian tuang dalam acuan. Saya guna bekas plastik sebab nak buat kerja senang.

2. Masak semua bahan-bahan untuk lapisan bawah puĺa sehingga likat dan berkilat. Sebelum tuang ke atas bahagian atas tadi bolehlah diletakkan gula 1/4 sk dibahagian tengah. 

3. Kemudian baru dituang lapisan atas dan dibiarkan sejuk.

Itu sahaja langkah-langkahnya. Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment