Wednesday 3 June 2015

Realiti : Ramai belia yang bengkrap

Teks : Norlia Amat Mohtar


Assalamualaikum.

Setiap hari seramai 41 orang belia diistihar muflis disebabkan pelbagai bebanan hutang.  Bebanan hutang yang tertinggi adalah hutang sewa beli kereta diikuti dengan pinjaman peribadi dan penjamin. Gaya hidup mewah menjadi punca utama belia Malaysia muflis. Sebagai contoh baru mula bekerja sudah ambil kereta mewah yang akan menggunakan separuh daripada gaji mereka. Itu belum lagi untuk perbelanjaan penyelenggaraan, minyak dan tol.

Menurut pakar kewangan, kebanyakkan belia yang muflis adalah disebabkan tidak pandai menguruskan wang dan bersifat boros. Hanya mahu kelihatan ada kelas sanggup berbelanja besar. Geleng kepala saya. Tetapi saya pun faham jiwa orang muda yang sememangnya mahu kelihatan bergaya kerana saya juga pernah boros dalam berbelanja. Sehinggakan setiap hujung bulan kredit kadlah yang dihulur semasa membeli barang. Duit gaji yang cuma beberapa ribu itupun saya tidak mampu mengurus dengan baik. 

Peratus jumlah hutang cuma boleh 40% sahaja daripada gaji. Contohnya jika gaji RM1000. Hutang rumah, kereta, pinjaman peribadi, dll tidak boleh lebih daripada RM400. Hurmmm..boleh ke ni? Macam mustahil sahaja dengan hanya RM400 untuk membayar hutang dengan kos sara hidup yang agak tinggi.

Inilah intipati yang dapat saya simpulkan daripada program bual bicara yang disiarkan di televisyen. Sangat perlu berhati-hati terutama apabila kita ingin menambah hutang yang sedia ada terutama kakitangan kerajaan yang tersangat mudah untuk terbeban dengan hutang.



Saya boleh dihubungi melalui ;

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites


No comments:

Post a Comment