Friday 19 June 2015

Resepi ringkas bulan puasa : Bubur Jagung Sagu Kurang Manis

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.

Salam Ramadhan Kareem. Alhamdulillah diketemukan kita lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Semoga tahun ini akan lebih bermakna. Saya ada azam semperna bulan ramadhan kali ini. Anda pula bagaimana?

Hari ini saya nak kongsi resepi bubur jagung bersama sagu menu untuk berbuka puasa nanti. Ini manisan kegemaran anak-anak dan suami. Asal manis dan ada jagung semuanya sedap.  Resepi ini cukup mudah. Jom tengok bahan-bahan yang saya guna.

Bahan-bahan yang digunakan

1 tongkol jagung (ambil biji sahaja)
1/4 cawan biji sagu
2 1/2 cawan santan
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
2 sudu besar susu pekat
Daun pandan
Secubit garam.

Cara-cara penyediaan.

1. Jagung dileraikan dari tongkolnya.
2. Masukkan semua bahan diatas kecuali biji sagu dan garam ke dalam periuk dan renehkan sehingga jagung empuk.
3. Masukkan biji sagu dan renehkan lagi sehingga  biji sagu menjadi jernih.
4. Masukkan secubit garam. Kacau sebentar.

Dah siap. Mudahkan. Saya suka buat resepi yang mudah dan senang. Yang paling penting anak-anak dan suami suka.



No comments:

Post a Comment