Sunday 14 June 2015

Diari : Badan Sengal-sengal Minta Dibelai

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualaikum.

Hari ni terbaca status seorang sahabat bisnes yang sangat gigih berusaha memandangkan beliau juga seorang ibu tunggal. Berbisnes dalam bidang jahitan bagi membesarkan anak-anak dan memberikan mereka kahidupan yang selesa. Itulah pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anaknya. 

Statusnya, "Badan sengal-sengal tapi tak mahu di urut, vitamin apa yang bagus". Sebagai tukang jahit memang sangat sibuk sekarang ini memandangkan tempahan yang banyak semperna hari raya yang bakal tiba. Ditambah pula tempahan kelas-kelas jahitan, memang tidak menang tangan. Murah rezeki dia. Semoga Allah memberikan kesihatan tubuh badan yang baik.

Oh ya. Saya apabila terbaca status beliau ini di fb teringat kembali apabila saya berada di negara matahari terbit dulu. Orang Jepun sangat rajin bekerja dan sangat menepati masa. Apabila kita berada di sana dan berurusan dengan mereka ketepatan masa perlu dijaga. Jadi untuk memastikan mereka sampai pada waktunya kita boleh lihat terutama di stesen-stesen keretapi semua orang berlari-lari untuk mendapatkan keretapi masing-masing. Saya sangat kagum terutama dengan perempuan-perempuan Jepun yang sangat suka berfesyen dengan kasut tumit tinggi dan skirt pendek pada musim sejuk sambil berlari mendapatkan keretapi mereka. Tidak berdayanyalah saya untuk berlari dengan kasut tumit tinggi seperti mereka. Saya lebih selesa untuk keluar awal dan jalan santai-santai sahaja.

Disebabkan kepenatan seharian bekerja, apabila balik ke rumah mereka mesti bersihkan diri dulu dan berendam dengan air suam. Setiap rumah, hotel dan hostel pasti mempunyai sebuah jakuzi walaupun ianya kecil yang hanya kadang-kadang kita cuma boleh duduk dan melunjurkan kaki. Memang hilang stress dan penat apabila dapat berendam dengan air suam. Sengal-sengal badan pun hilang. Lepas mandi jadi segar dan dapat bekerja dengan bersemangat pada keesokkan harinya. 

Itulah cara mereka. Jadi apa salahnya ambil yang baik untuk dicontohi dan gantung yang buruk buat pedoman. Memang tidak dapat dinafikan ada juga sifat-sifat mereka yang tidak elok tetapi biarlah dijadikan pengajaran bagi kita insan-insan yang boleh berfikir.


Saya boleh dihubungi melalui ;

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whtasapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites

No comments:

Post a Comment