Saturday 5 September 2015

Bisnes Seminar Bersama Farleena Akademi

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Hari ini saya meluangkan masa di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam selama 3 jam. Menghadirkan diri dalam perkongsian ilmu bersama Pn Farleena dalam bidang bisnes fesyen muslimah. Banyak ilmu baru yang saya pelajari dalam masa 3 jam. Sangat tidak terasa dan sangat teruja.

Bagaimana saya boleh terjebak? Sebenarnya disebabkan mengikut seorang sahabat lama yang balik ke Shah Alam untuk mengikuti seminar tersebut. Dia adalah agen  jenama Farleena. Saya pun cuba-cubalah bertanya, jika masih boleh turut serta walaupun sudah sangat hampir harinya. Rezeki saya, masih ada kekosongan. Terima kasih Nurul Husna sudi bawa saya sekali. Sudah 6 tahun tidak bertemu. Teman serumah sewaktu memulakan hidup di alam pekerjaan. 



Berbalik kepada seminar yang dianjurkan tadi, seminar yang sangat santai dan berinformatif. Bermula dengan perkenalan diri oleh Pn Farleena sendiri sebagai pengasas jenama Farleena, jenis-jenis bisnes yang mampu bertahan, teknik- teknik pemasaran dan pengalaman jatuh bangun beliau dalam bidang perniagaan.

Ilmu yang paling mahal adalah bagaimana beliau mampu menjual 100 helai baju dalam masa satu hari. Ini juga dikongsi bersama-sama peserta. Beliau juga tidak lokek dengan berkongsi ilmu bagaimana syarikat beliau memasukkan produk ke pasaraya besar seperti Mydin. Manakala yang sedang diusahakan oleh beliau tidak lama lagi adalah untuk memasukkan produk Farleena ke Parkson.

Sangat cekal dan berjiwa besar wanita ini. Saya sangat kagum dengan kesungguhannya. Semoga saya juga mampu untuk berjaya seperti beliau. Sekian.



No comments:

Post a Comment