Thursday 17 September 2015

Tips Mudah Bagi Menetapkan Harga Dress Kanak-kanak

Norlia Amat Mohtar
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamulaikum

Penetapan harga bagi sesuatu produk sangat penting. Jika diambil sambil lewa sahaja atau agak-agak dalam menetapkan harga jualan berkemungkinan untuk mengalami kerugian juga akan tinggi. Tambahan pula, kadang-kadang kita menetapkan harga mengikut harga yang serupa bagi produk yang lebih kurang sama yang telah ada di pasaran. Ini bahaya! Kerana barang yang seperti sama kualitinya berkemungkinan mereka mengurangkan kos operasi atau kos bahan mentah yang dibeli secara pukal. Ini membolehkan mereka menjual dengan harga tersebut dan masih mendapat  untung yang banyak. Manakala produk kita pula yang masih baru berkemungkinan memerlukan kos operasi yang tinggi atau harga bahan yang mahal. Oleh itu, margin yang kita perolehi adalah rendah. Ini rugi.

Terdapat tiga faktor utama yang perlu di titik-beratkan dalam menentukan harga. Faktor tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kos Bahan/Bahan mentah
  2. Kos Operasi
  3. Kos Masa dan Tenaga

Mari kita lihat contoh anggaran kos bagi menghasilkan dress kanak-kanak berumur 1 tahun di rumah.

Kos Bahan

Kain kapas/cotton 1m = RM15                   
Zip sorok = RM 0.80
Benang = RM 0.80
Kain Renda 1/4m = Rm 1.50
                              Jumlah Kos Bahan = RM18.10

Kos Operasi 

Mesin Jahit Lurus = RM 1.00                             
Mesin Jahit Tepi = RM 1.50
Bil Elektrik = RM 0.90
                            Jumlah Kos Operasi = RM 3.40


Kos Waktu & Tenaga                                                

Upah = RM 30.00
(Mengikut pengalaman dan kekemasan jahitan)
         Jumlah Kos Masa & Tenaga : RM 30.00


Jumlah Anggaran keseluruhan kos menghasilkan satu helai dress kanak-kanak berumur 1 tahun di rumah adalah seperti berikut:


(Kos Bahan+Kos Operasi+Kos Upah) = (Kos Keseluruhan)

(RM 18.10 + RM 3.40 + RM 30.00) = (Rm 51.50)






* Ralat adalah pada kos mesin jahit dan mesin jahit tepi (Ikut suka hendak di kira atau tidak). 
   Boleh juga dimasukkan terus ke dalam aset.
* Anggapan dress dihasilkan di rumah, jadi tiada kos sewa kedai


Ini hanya contoh dan anggaran untuk menetapkan harga bagi sehelai dress kanak-kanak berumur 1 tahun dirumah. Kos keseluruhan boleh diturunkan lagi jika kita menempah baju secara pukal atau menggunakan khidmat tukang jahit di Vietnam atau Indonesia juga secara pukal.

Sekian.


No comments:

Post a Comment