Tuesday 15 September 2015

Selangkah Menjadi WAHM : Jerebu menjadi dilema kepada Ibubapa

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum.

Hari ini 15.9.2015 kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka di tutup disebabkan keadaan jerebu yang sudah melepasi indek pencemaran udara 200 malam tadi. Indek ini sudah diketegorikan sebagai sangat tidak sihat dan sangat merbahaya kepada golongan individu yang berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas.

Bacaan IPU pada pagi Selasa 15.8.2015. Ada sedikit penurunan IPU daripada sebelah malam.

Pagi ini juga terbaca status rakan fb "Semua sekolah, tadika dan taska tutup. Mana nak letak anak kalau macam ni". 

Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah penutupan tadika dan taska. Ini banyak memberi impak dan kesusahan hati terutama si ibu. Tetapi ada juga yang masih dibuka. Memang tidak dinafikan, ini adalah keluhan biasa bagi ibubapa yang bekerja. Memang betullah anak-anak perlu dihantar ke mana sekiraya taska pun tutup. Tambahan pula ada ibu bapa yang tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti seperti cikgu sekolah atau ada majikan yang memang tidak suka pekerjanya bercuti disebabkan urusan keluarga. Itu belum lagi sekiranya anak sakit, demam atau pengasuh tiba-tiba minta cuti. Haru juga keadaan apabila terjadi.

Saya juga pernah mengalami situasi sebegini, yang semestinya si ibu lah yang mengalah dah mengambil cuti kecemasan kerana tiada tempat untuk menghantar anak-anak. Memang dilema. 

Tetapi itu dahulu sebelum saya nekad menjadi WAHM. Sekarang suami pun senang hati tidak perlu bising-bising siapa yang perlu ambil cuti untuk menjaga anak-anak. Banyak kelebihan menjadi WAHM, tetapi iyalah zaman sekarang yang serba-serbinya mahal memerlukan ibu-ibu berkorban masa untuk sama-sama bekerja mencari pendapatan  tambahan untuk kelangsungan hidup. 

Bukan semua orang bertuah untuk menjadi WAHM. Tetapi saya juga percaya WAHM-WAHM yang ada sekarang, hati mereka kering dan sangat nekad untuk berhenti kerja dan memulakan sesuatu yang baru. Aktiviti berjimat dan hidup ala kadar itu biasa apabila mula menjadi WAHM, yang penting anak-anak ada di depan mata. 

Kepada semua mak, ibu, mommies, ummi atau apa sahaja panggilan untuk anda tabahlah ya sementara anak-anak masih kecil. Dunia kanak-kanak mereka hanya sementara, jadi jangan sia-siakan.Mungkin sekarang perlu fikirkan satu hobi yang boleh menjana pendapatan.

Sekian.



No comments:

Post a Comment