Sunday 2 August 2015

Shushi Homemade

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualaikum.

Mood raya aka mood bercuti masih menebal. Inilah penangan kerja sendiri. Nak bercuti ikut suka, maksudnya kita boleh rancang berapa lama hendak bercuti tanpa ada sebarang sekatan. Tak perlu risau bos tak bagi terutama bila melibatkan anak-anak. Tapi kalau lama sangat cuti, poket pun semakin menipis lah ya. Jadi jangan lama-lama sangat bercuti. 

....

Hari ini saya nak kongsi resepi shushi. Ramai ke yang suka makan hidangan ni. Saya sangat suka makan shushi, udon dan miso. Masa mengandung anak ke-2, mengidam sangat makan udon, nasib baik En. Suami layan juga mencari mee udon. Walaupun rasanya tak berapa nak sama macam yang pernah saya makan dulu di suatu tempat. Janji dapat makankan. Alhamdulillah.

Tapi hari ni saya nak kongsi resepi shushi ya bukan udon. Hehehe. Resepi asal diperolehi dari blog nameeroslan. Tetapi saya ubah suai sedikit ikut suka. Kira macam syok sendiri juga.

Bahan-bahan

1 cawan beras biasa
2 sudu besar beras pulut - sy sengaja tambah
1 paket seaweed
1/2 tin tuna
1 biji telur
2 sudu besar mayonis
1/2 batang timun jepun
Filamen ketam

Bahan untuk digaul bersama nasi

1/2 cawan cuka makan -saya ganti dgn lemon.
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam.

 - kacau sampai larut semua bahan diatas ya.


Cara-caranya.

Masak beras dan pulut bersama. Letak air lebih sikit supaya jadi nasi lembik dan melekit.

Sambil tunggu nasi masak bolehlah sediakan bahan fillingnya pula. Timun potong panjang, filamen ketam di belah dua, tuna dihancurkan digaul dengan mayonis dan telur digoreng dadar dan dipotong memanjang.


Apabila nasi sudah masak bolehlah digaulkan dengan bancuhan cuka/lemon tadi. Jangan tuang semua tau. Masukkan sesudu dulu. Gaul rata kemudian rasa. Kalau rasa macam bukan shushi tambah lagi sesudu sampailah dapat rasa yang sesuai.

Ni yang mencabar. Masa untuk menggulung. Disebabkan beli seaweed yang dah siap potong jadi tinggal gulung je. Letak nasi tadi atas seaweed. Tekan-tekan bagi padat sikit. Kemudian letaklah filling tadi pun ikut suka asal boleh gulung. Kemudian gulung.


Dah gulung kemaskan/potong nasi yang terlebih tu ya.

Ok. Siap. Saya masukkan peti ais kejap. Nak rasa sejuk-sejuk sikit. Tapi selalunya tak sempat masuk peti ais dah habis pun.


Namanya shushi ikut suka. Selamat mencuba.



Saya boleh dihubungi melalui:

Whatsapp sahaja : 0192693070
Email : norlia.amatmohtar@gmail.com


No comments:

Post a Comment