Wednesday 5 August 2015

Minat boleh menjana pendapatan

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualaikum.

Hari ini menuntut ilmu baru. Tiada kaitan langsung dengan dunia bakeri. Sangat berbeza. Kalau dulu setakat hobi biasa-biasa tetapi mungkin sekarang hobi tersebut bakal menjana pendapatan. Mungkin ramai juga yang sudah tahukan. Hobi juga dapat memberi pendapatan yang agak lumayan.

Saya gemar menjahit juga selain dari membaking. Tetapi sekadar suka-suka untuk pakai sendiri. Untuk tempahan memang tidak pernah terfikir. Tetapi setelah berguru dengan betul saya sudah boleh membuat bermacam-macam pakaian untuk tempahan. Malahan hari ini, saya memberanikan diri untuk belajar pelbagai jenis langsir. Rupanya, bukanlah sesusah mana. Cuma perlu kesabaran dan minat.


Sebenarnya di dalam diri setiap kita ada bakat yang tersembunyi yang belum kita terokai. Kita mungkin masih tidak sedar kebolehan diri. Sesuatu yang kita minat atau suka berkemungkinan boleh menjana pendapatan. Siapa sangka kan. Yang penting minat dan kesungguhan. 

Hari ini kelas langsir berakhir agak lewat sekitar pukul 8 malam. Tetapi tidak terasa penat. Malahan seronok dan teruja. Inilah yang dikatakan minat. Bila minat itu mendalam kita akan buat dengan bersungguh-sungguh. Penat tidak terasa apa. Pelik bukan. Saya ingat lagi jika dulu bos arahkan untuk pergi berkursus; jika habisnya lewat mesti saya sudah merunggut. Macam-macam runggutan, jalan jamlah, anak kena ambil cepatlah, dll. 



Buat kerja dengan minat yang mendalam akan lebih membuat kita bahagia. Tiada kerunsingan dan kita boleh atur masa yang ada sebaik mungkin. 

Saya boleh dihubungi melalui

Whatsapp sahaja : 019-2693070
Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
fb : LeeyaSweetBites


No comments:

Post a Comment