Thursday 20 August 2015

Nasi Arab Mesri Mendhi

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Agak lama tidak menulis apa-apa di sini. In Shaa Allah hari ini saya ingin berkongsi review Nasi Arab Mesri Mendi oleh Arabian Kitchen. Sebelum berkenalan dengan pes nasi arab ni, saya selalu makan Nasi Arab di Arabian House Seksyen 7 Bandar Baru Bangi atau Nasi Arab sederet kedai perabot Jalan Reko (Nama kedai boleh pula lupa, minta maaf nanti saya update). Kedua-dua kedai nasi arab ni memang jadi pilihan kami. Boleh dikatakan hampir setiap bulan atau dua minggu sekali mesti pekena Nasi Arab.

Tetapi bila dah cuba Pes Mesri Mendhi, memang dah tak berkunjung lagi dah dekat kedai Pak Arab. Senang betul nak masak sendiri di rumah. Sedap pun sedap dan memang tidak mengecewakan. Siap buat stok lagi. Lagi murah bila buat sendiri siap boleh bertambah-tambah lagi makan. Puas hati.



Pes Nasi Arab Mendhi ini didatangkan dengan saiz 1/2 kg atau 1kg beras basmathi. Ikutlah kebesaran keluarga. Kalau saya selalu beli yang 1/2 kg sahaja. Itupun saya masak dua kali. Maklumlah keluarga masih kecil. Selain Mendhi, Pes Nasi Arab Majboos dan Pes Nasi Arab Bookhari juga menjadi kegemaran,.

Untuk memasak cuma periuk nasi, tapi saya suka guna periuk biasa letak atas api dapur. Nak masak juga ikut keselesaan. Aturan cara-cara memasak juga disediakan oleh pengeluar.


Bahan-bahan

Pes Nasi Arab
Beras Basmathi
3/4 slices kambing / daging / ayam (ikut suka nak banyak mana)
2/3 biji kentang (ikut suka nak letak atau tidak)
4 batang cili merah/hijau
4 biji tomato
1/2 batang timun


Cara-cara memasak

  1.  Basuh beras dan perlu direndam selama 30 minit
  2. Sambil menunggu beras direndam bolehlah rebus dahulu kambing atau daging supaya empuk dan mudah dimakan.
  3. Kentang dikupas, dipotong 4 dan ketepikan.
  4. Ambil lebih kurang 700mL air rebusan, pes mendhi, beras yang telah ditoskan, daging/kambing yang sudah rebus dan kentang dan di masukkan kedalam periuk nasi. Kacau sedikit dan masak seperti biasa.
  5. Apabila air sudah hampir kering barulah di masukkan saffron untuk pewarna. Biarkan sehingga masak.
  6. Kalau rajin bolehlah lebihan air rebusan dibuat sup.
  7. Sambil menunggu nasi masak, Sediakan sambal tomato dan hirisan timun dan tomato. Untuk membuat sambal, kisar tomato dan cili bersama. Tidak perlu tambah air kecuali terlalu pekat. 
Siap!!! Mudah kan dan sangat berbaloi.




Selamat Menjamu Selera.


Hubungi saya melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan Pages : LeeyaSweetBites

No comments:

Post a Comment