Sunday 27 September 2015

Sup Ayam Mudah Tanpa MSG

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Hari ni pagi-pagi dah masak nasi sambil buat sup ayam. Berat makanan sarapan saya hari ini sebab mak datang. Mak sarapan dengan nasi pagi-pagi kalau tak pening kepala. 

Saya nak kongsi resepi sup ayam yang mudah dan ringkas tanpa bahan penambah perasa seperti MSG, perencah KNORR, Pasti sedap atau apa-apa bahan penambah perasa yang lain. Sedap ke tidak kalau tak guna perasa? Ikutlah citarasa tetapi kalau nak sihat lebih baik jangan guna atau dikurangkan penggunaan. Banyak kesan negatif dari penggunaan bahan penambah perasa ni. Boleh tanya pak cik google kesan sampingan penggunaan penambah perisa.

Bahan-bahan sup

2 ketul ayam bahagian dada (kurang lemak)
2 biji kentang
1/2 biji lobak merah
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2/3 biji cengkih
1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar minyak bijan
Garam secukup rasa
Daun sup
Air secukupnya untuk periuk 1.8L

Cara-cara

  1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Kupas kentang dan lobak merak serta potong ayam ikut kesukaan.
  2. Rebuskan semua bahan-bahan bersama kecuali minyak bijan, garam dan daup sup. Tidak perlu ditumis.
  3. Tunggu sehingga mendidih dan ayam telah timbul barulah di masukkan minyak bijan. Reneh untuk beberapa minit.
  4. kemudian barulah di tambah garam dan daun sup kacau seketika dan tutup api.

Siap!!!


Senangkan sup rebus ni. Rasanya pun boleh dikatakan sedap. Nak lagi sedap lebihkan ayam. In Shaa Allah sup akan lagi sedap.

Selamat Mencuba.




Friday 18 September 2015

Kisah Asam Pedas Ikan Tenggiri di Mydin Mall

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koeksi Peribadi

Assalamualaikum.

Tengahari tadi pergi sekejap Mydin Mall sebab anak teruna tiba-tiba minta makan biskut. Sambil beli biskut boleh ibu beli barang dapur sikit. Sampai sahaja di Mydin Mall terus ke tempat barang-barang basah ambil ikan tenggiri potong dan ikan kurau potong. Terus hati kata nak buat asam pedas. Sudah lama juga tak makan asam pedas ni. Apa salahnya. Ambil kacang bendi, limau kasturi dan daun kesum terus ke kaunter timbang. Perlu cepat sebab ada kawan nak datang ke rumah ambil tempahan Rya Haji.



Sambil timbang sempat bersembang sekejap dengan kakak kaunter timbang. Disebabkan saya selalu datang beli barang di situ, kakak tu pun dah boleh kenal muka. Dia kata, "Nak buat asam pedas ye dik. Sedapnya. Akak tak masak, kalau masak anak-anak tak makan. Akak kerja". Saya terus tengok muka dia dalam-dalam. Ada keluhan dan kekesalan di raut wajahnya. 

Ya Allah. Masa tu saya rasa sangat bertuah kerana mampu memasak untuk anak-anak, menyuap makanan ke mulut mereka tukarkan lampin mereka dan sebagainya. Saya kadang-kadang mengeluh bila banyak kerja tertangguh ditambah pula anak-anak menggangu. Sedangkan ibu ini perlu memenuhi tuntutan kerja untuk menampung keperluan keluarga. Anak-anak pula perlu menyesuaikan diri dan berkorban juga.

Jadi, sepatutnya saya yang mampu untuk bekerja tanpa perlu meninggalkan anak-anak kepada orang lain tidak patut mengeluh. Malahan perlu lebih bersyukur kerana diberi jalan ini dengan restu suami dan ibubapa.

Sekian.


Thursday 17 September 2015

Tips Mudah Bagi Menetapkan Harga Dress Kanak-kanak

Norlia Amat Mohtar
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalamulaikum

Penetapan harga bagi sesuatu produk sangat penting. Jika diambil sambil lewa sahaja atau agak-agak dalam menetapkan harga jualan berkemungkinan untuk mengalami kerugian juga akan tinggi. Tambahan pula, kadang-kadang kita menetapkan harga mengikut harga yang serupa bagi produk yang lebih kurang sama yang telah ada di pasaran. Ini bahaya! Kerana barang yang seperti sama kualitinya berkemungkinan mereka mengurangkan kos operasi atau kos bahan mentah yang dibeli secara pukal. Ini membolehkan mereka menjual dengan harga tersebut dan masih mendapat  untung yang banyak. Manakala produk kita pula yang masih baru berkemungkinan memerlukan kos operasi yang tinggi atau harga bahan yang mahal. Oleh itu, margin yang kita perolehi adalah rendah. Ini rugi.

Terdapat tiga faktor utama yang perlu di titik-beratkan dalam menentukan harga. Faktor tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kos Bahan/Bahan mentah
  2. Kos Operasi
  3. Kos Masa dan Tenaga

Mari kita lihat contoh anggaran kos bagi menghasilkan dress kanak-kanak berumur 1 tahun di rumah.

Kos Bahan

Kain kapas/cotton 1m = RM15                   
Zip sorok = RM 0.80
Benang = RM 0.80
Kain Renda 1/4m = Rm 1.50
                              Jumlah Kos Bahan = RM18.10

Kos Operasi 

Mesin Jahit Lurus = RM 1.00                             
Mesin Jahit Tepi = RM 1.50
Bil Elektrik = RM 0.90
                            Jumlah Kos Operasi = RM 3.40


Kos Waktu & Tenaga                                                

Upah = RM 30.00
(Mengikut pengalaman dan kekemasan jahitan)
         Jumlah Kos Masa & Tenaga : RM 30.00


Jumlah Anggaran keseluruhan kos menghasilkan satu helai dress kanak-kanak berumur 1 tahun di rumah adalah seperti berikut:


(Kos Bahan+Kos Operasi+Kos Upah) = (Kos Keseluruhan)

(RM 18.10 + RM 3.40 + RM 30.00) = (Rm 51.50)






* Ralat adalah pada kos mesin jahit dan mesin jahit tepi (Ikut suka hendak di kira atau tidak). 
   Boleh juga dimasukkan terus ke dalam aset.
* Anggapan dress dihasilkan di rumah, jadi tiada kos sewa kedai


Ini hanya contoh dan anggaran untuk menetapkan harga bagi sehelai dress kanak-kanak berumur 1 tahun dirumah. Kos keseluruhan boleh diturunkan lagi jika kita menempah baju secara pukal atau menggunakan khidmat tukang jahit di Vietnam atau Indonesia juga secara pukal.

Sekian.


Wednesday 16 September 2015

Tips Jahitan :Kegunaan Seterika Kayu

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Siapa pernah guna seterika kayu? Seterika tu memang kayu seketul tiada bahan api macam seterika besi yang tok nenek kita guna zaman dulu-dulu. Ada macam-macam bentuk sebenarnya tetapi tidak kisahlah asalkan fungsinya sama dan sangat membantu tukang jahit.



Fungsi sebenar seterika kayu sama tapi tidak serupa  seperti seterika biasa yang biasa kita guna di rumah. Ia digunakan untuk mengemaskan lipatan-lipatan kain terutama dalam penghasilan baju melayu seperti lipatan untuk membuat poket dan leher baju melayu. Saya suka guna seterika kayu ini pada keliman hujung gaun/dress.

Caranya, gosok kelim kain dengan menggunakan seterika biasa, kemudian diikuti dengan sterika kayu untuk menekan dan memerangkap haba sekaligus mematikan kelim dengan kemas. Apabila sudah elok terbentuk keliman tersebut, bolehlah terus dijahit. Inilah kegunaan setrika kayu.

Ada juga tukang jahit menggunakan kayu beroti yang berat dan dibalut dengan kain. Rupa bentuk tidak kisah, asalkan ia dapat berfungsi dengan baik.

Sekian.


.....

Jahitan boleh dijadikan salah satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Bidang jahitan amat luas dan bukan setakat jahitan baju semata-mata, malahan jahitan kreatif juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jika anda punyai minat dalam bidang jahitan, jadikanlah sebagai punca pendapatan sampingan. Tidak salah mencuba dan bermulah dari mana-mana pun. Beri peluang kepada diri sendiri. In Shaa Allah, Allah akan permudahkan.

Jika ingin mendapatkan e-book Mula Bisnes Jahitan atau e-book lain bolehlah berhubung terus dengan saya seperti yang tertera di bawah.






Tuesday 15 September 2015

Selangkah Menjadi WAHM : Jerebu menjadi dilema kepada Ibubapa

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi peribadi

Assalamualaikum.

Hari ini 15.9.2015 kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka di tutup disebabkan keadaan jerebu yang sudah melepasi indek pencemaran udara 200 malam tadi. Indek ini sudah diketegorikan sebagai sangat tidak sihat dan sangat merbahaya kepada golongan individu yang berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas.

Bacaan IPU pada pagi Selasa 15.8.2015. Ada sedikit penurunan IPU daripada sebelah malam.

Pagi ini juga terbaca status rakan fb "Semua sekolah, tadika dan taska tutup. Mana nak letak anak kalau macam ni". 

Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah penutupan tadika dan taska. Ini banyak memberi impak dan kesusahan hati terutama si ibu. Tetapi ada juga yang masih dibuka. Memang tidak dinafikan, ini adalah keluhan biasa bagi ibubapa yang bekerja. Memang betullah anak-anak perlu dihantar ke mana sekiraya taska pun tutup. Tambahan pula ada ibu bapa yang tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti seperti cikgu sekolah atau ada majikan yang memang tidak suka pekerjanya bercuti disebabkan urusan keluarga. Itu belum lagi sekiranya anak sakit, demam atau pengasuh tiba-tiba minta cuti. Haru juga keadaan apabila terjadi.

Saya juga pernah mengalami situasi sebegini, yang semestinya si ibu lah yang mengalah dah mengambil cuti kecemasan kerana tiada tempat untuk menghantar anak-anak. Memang dilema. 

Tetapi itu dahulu sebelum saya nekad menjadi WAHM. Sekarang suami pun senang hati tidak perlu bising-bising siapa yang perlu ambil cuti untuk menjaga anak-anak. Banyak kelebihan menjadi WAHM, tetapi iyalah zaman sekarang yang serba-serbinya mahal memerlukan ibu-ibu berkorban masa untuk sama-sama bekerja mencari pendapatan  tambahan untuk kelangsungan hidup. 

Bukan semua orang bertuah untuk menjadi WAHM. Tetapi saya juga percaya WAHM-WAHM yang ada sekarang, hati mereka kering dan sangat nekad untuk berhenti kerja dan memulakan sesuatu yang baru. Aktiviti berjimat dan hidup ala kadar itu biasa apabila mula menjadi WAHM, yang penting anak-anak ada di depan mata. 

Kepada semua mak, ibu, mommies, ummi atau apa sahaja panggilan untuk anda tabahlah ya sementara anak-anak masih kecil. Dunia kanak-kanak mereka hanya sementara, jadi jangan sia-siakan.Mungkin sekarang perlu fikirkan satu hobi yang boleh menjana pendapatan.

Sekian.



Monday 14 September 2015

Cara Mudah untuk membuang bingkai dan bayang pada gambar bagi blogspot.

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Hari ini satu hari membelek-belek blog. Tujuannya untuk memberi nafas baru kepada rumah online ku bagi berkongsi ilmu dan manfaat bersama.  Maklumlah zaman sekarang kalau hendak berkongsi ilmu kebanyakkan tanya En Google. Kemudian En. Google pun berikan kita senarai alamat blog-blog yang ada informasi yang kita mahu. Mudahkan! Tak payah la nak cari buku, selak satu-satu muka surat. Tetapi mesti diperhalusi kebenaran maklumat yang kita perolehi dari alam maya. Bukan semua maklumat itu tulis dengan jujur. Tepuk dada, tanya akal.

Ilmu baru yang saya perolehi hari ini, hasil belekan yang bersungguh-sungguh adalah untuk menghilangkan bingkai dan bayang pada gambar yang kita muatnaik. Tetapi kalau tak kisah, tidak mengapa. Biarkan saja bingkai tersebut.

Saya tunjuk contoh gambar setelah  dibuang bingkainya.


Macam mana nak buat? Setelah, bertanya dengan En. Google, maka berjumpalah dengan blog ini. Ada beberapa kaedah yang diberi tetapi saya ambil kaedah yang paling mudah. Boleh lihat kaedah lain di sini.

Caranya adalah seperti berikut :

<Blogger Dashboard> <Template> <Customize> <Advanced> <Add CSS> <Copy dan Paste Arahan> <Apply to Blog>

Tadaaaa. Dah siap.


Ini adalah arahan yang diperlukan.


 .post-body img, .post-body .tr-caption-container, .Profile img, .Image img,
.BlogList .item-thumbnail img {
  padding: 0 !important;
  border: none !important;
  background: none !important;
  -moz-box-shadow: 0px 0px 0px transparent !important;
  -webkit-box-shadow: 0px 0px 0px transparent !important;
  box-shadow: 0px 0px 0px transparent !important;
}

Selamat mencuba.

.......


Bagi suri yang ingin belajar untuk membina blog yang berpengaruh dan dikenali kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) ada tips-tips yang ingin dikongsikan bersama anda. Jadikan hobi dan minat anda untuk menjana pendapatan sampingan. Mari bergabung bersama dengan keluarga besar kami yang saling menyokong di antara ahli.

Jika berminat  untuk mengikuti kelas asas blog dan penulisan secara online oleh guru-guru yang berpengalaman boleh berhubung terus kepada saya  seperti berikut:


Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070

Saturday 5 September 2015

Bisnes Seminar Bersama Farleena Akademi

Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Hari ini saya meluangkan masa di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam selama 3 jam. Menghadirkan diri dalam perkongsian ilmu bersama Pn Farleena dalam bidang bisnes fesyen muslimah. Banyak ilmu baru yang saya pelajari dalam masa 3 jam. Sangat tidak terasa dan sangat teruja.

Bagaimana saya boleh terjebak? Sebenarnya disebabkan mengikut seorang sahabat lama yang balik ke Shah Alam untuk mengikuti seminar tersebut. Dia adalah agen  jenama Farleena. Saya pun cuba-cubalah bertanya, jika masih boleh turut serta walaupun sudah sangat hampir harinya. Rezeki saya, masih ada kekosongan. Terima kasih Nurul Husna sudi bawa saya sekali. Sudah 6 tahun tidak bertemu. Teman serumah sewaktu memulakan hidup di alam pekerjaan. 



Berbalik kepada seminar yang dianjurkan tadi, seminar yang sangat santai dan berinformatif. Bermula dengan perkenalan diri oleh Pn Farleena sendiri sebagai pengasas jenama Farleena, jenis-jenis bisnes yang mampu bertahan, teknik- teknik pemasaran dan pengalaman jatuh bangun beliau dalam bidang perniagaan.

Ilmu yang paling mahal adalah bagaimana beliau mampu menjual 100 helai baju dalam masa satu hari. Ini juga dikongsi bersama-sama peserta. Beliau juga tidak lokek dengan berkongsi ilmu bagaimana syarikat beliau memasukkan produk ke pasaraya besar seperti Mydin. Manakala yang sedang diusahakan oleh beliau tidak lama lagi adalah untuk memasukkan produk Farleena ke Parkson.

Sangat cekal dan berjiwa besar wanita ini. Saya sangat kagum dengan kesungguhannya. Semoga saya juga mampu untuk berjaya seperti beliau. Sekian.