Saturday 20 June 2015

Kuih Tepung Pelita

Sumber : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum.

Tepung pelita. Ingatkan susah sangat nak buat kuih ni. Rupanya itu cuma 'mind set' saya sahaja. Tiba-tiba Cik Abang minta nak berbuka puasa dengan kuih tepung pelita. Yang terbayang di kepala adalah daun pandan yang bentuk sampan tu. Susah tu nak buat. 

Tak sampai 5 minit dia dah bagi resepi. Maksudnya petang nanti memang kena buat. Ermmmm. Terus teliti resepi dan bahan-bahan semua ada di dapur. Bolehlah buat. Asalkan buat kalau tak jadi tu lainlah cerita. Janji ada usaha.

Oh ya resepi ini dari fb K Izah akaTun Telani. Terima kasih sudi kongsi resepi. Semoga sentiasa mendapat keberkatan dariNya. Manakala Tun Telani  pula cuba resepi ini dari K Yani @ myR. Menurun-nurun resepi ini. Ramai yang suka.

Bahan-bahannya

Lapisan bawah

1 cawan tepung beras
1cawan gula (saya guna 1/2 cawan sahaja)
5 cawan air
1 sk paste pandan (@4 helai daun pandan digisar dan ditapis)
Sedikit garam dan kapur

Lapisan atas

4 sb tepung beras
2 sb tepung ubi
1 cawan santan kotak ditambah dengan 3 cawan air
1 sk garam

Bahan tambah

Gula untuk diletak di tengah-tengah lapisan

Cara-cara.

1. Masak semua sekali bahan-bahan untuk lapisan atas sehingga kental dan berkilat. Atau meletup-letup. Kemudian tuang dalam acuan. Saya guna bekas plastik sebab nak buat kerja senang.

2. Masak semua bahan-bahan untuk lapisan bawah puĺa sehingga likat dan berkilat. Sebelum tuang ke atas bahagian atas tadi bolehlah diletakkan gula 1/4 sk dibahagian tengah. 

3. Kemudian baru dituang lapisan atas dan dibiarkan sejuk.

Itu sahaja langkah-langkahnya. Selamat mencuba.




Friday 19 June 2015

Resepi ringkas bulan puasa : Bubur Jagung Sagu Kurang Manis

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.

Salam Ramadhan Kareem. Alhamdulillah diketemukan kita lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Semoga tahun ini akan lebih bermakna. Saya ada azam semperna bulan ramadhan kali ini. Anda pula bagaimana?

Hari ini saya nak kongsi resepi bubur jagung bersama sagu menu untuk berbuka puasa nanti. Ini manisan kegemaran anak-anak dan suami. Asal manis dan ada jagung semuanya sedap.  Resepi ini cukup mudah. Jom tengok bahan-bahan yang saya guna.

Bahan-bahan yang digunakan

1 tongkol jagung (ambil biji sahaja)
1/4 cawan biji sagu
2 1/2 cawan santan
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula merah
2 sudu besar susu pekat
Daun pandan
Secubit garam.

Cara-cara penyediaan.

1. Jagung dileraikan dari tongkolnya.
2. Masukkan semua bahan diatas kecuali biji sagu dan garam ke dalam periuk dan renehkan sehingga jagung empuk.
3. Masukkan biji sagu dan renehkan lagi sehingga  biji sagu menjadi jernih.
4. Masukkan secubit garam. Kacau sebentar.

Dah siap. Mudahkan. Saya suka buat resepi yang mudah dan senang. Yang paling penting anak-anak dan suami suka.



Wednesday 17 June 2015

Catatan Harian : Anak tak Kacau Ibu Buat Kerja

Teks : Norlia Amat Mohar


Assalamualaikum.


Hari ini saya nak tulis mengenai anak-anak atau macam mana nak bagi anak-anak tidak mengganggu kita bekerja. Bila kita bekerja dari rumah ni, jika anak-anak kacau atau merengek memang tersadai juga kerja kita. Itu memang menjadi cabaran terbesar bagi WHAM. Boleh tak siap kerja jadinya, silap hari bulan pelanggan datang tempahan tak siap lagi.

Tak dinafikan anak-anak saya juga sangat ligat bergerak, buat sepah dan buat kacau. Kalau tengok mesti pening kepala punya. Tetapi kalau ada tetamu datang atau pergi ke rumah orang memang mereka duduk senyap-senyap, nak buka mulut pun malu. Lepas selesai, mereka mesti kembali ke mode normal balik. Aktif. 

Disebabkan ramai kawan-kawan yang bertanya saya kongsikanlah sedikit apa yang saya buat kepada anak-anak yang boleh tahan hebatnya dalam bab buat hal ni.

Kalau nak anak dengar cakap kita, ibubapa kena lah dengar anak-anak cakap dulu. Dengar dengan tekun macam kita faham apa yang dia cakap ya. Padahal kadang-kadang kita tak faham pun dia cakap apa sebab masih pelat lagi kan. Jangan acuh tak acuh dengar dia cakap. Kalau boleh mesti dengan 'eyes contact' sekali. Jangan mencelah bila anak-anak tengah bercakap, kita hanya bercakap kalau tak faham apa yang anak nak sampaikan. Contohnya, masa kita tengah masak di dapur, anak-anak bercakap tengoklah dia dan balaslah apa yang dia nak bagitahu. Bila dia puas hati kita suruhlah dia baca buku atau main di ruang tamu. 

Ibubapa kalau berjanji mesti ditepati. Jangan biasa tipu anak-anak dengan janji-janji kosong. Walaupun ianya nampak mudah. Contohnya, anak datang kacau, lepas tu kita kata "Abang pergilah main dulu, nanti ibu belanja aiskrim". Lepas tu anak pun pergilah main sampai esok lusa pun tak belikan lagi dia aiskrim. Memang lepas tu dia akan kacau sebab kalau dia ikut kata kita pun janji nak dapat aiskrim tapi  tak ada.

Saya seorang yang tak suka mengomel. Sebab bagi saya tak comel kalau asyik mengomel dan saya tak suka orang buat macam ni dekat saya. Penat nak bising-bising perlu simpan tenaga untuk bekerja. Jadi bila anak-anak datang mengacau saya buat kerja, saya bagi dia buat sekali. Kalau saya tengah deco kek, saya bagilah sekali dia piping bag dengan buttercream untuk dia hias di dalam pinggan. Bila dia sibuk buat deco sendiri jadi adalah masa saya siapkan kerja.

Ini diantara cara saya mengajar anak-anak. Lain orang lain cara didikannya. Jadi ikutlah pilihan masing-masing. 


Sunday 14 June 2015

Diari : Badan Sengal-sengal Minta Dibelai

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualaikum.

Hari ni terbaca status seorang sahabat bisnes yang sangat gigih berusaha memandangkan beliau juga seorang ibu tunggal. Berbisnes dalam bidang jahitan bagi membesarkan anak-anak dan memberikan mereka kahidupan yang selesa. Itulah pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anaknya. 

Statusnya, "Badan sengal-sengal tapi tak mahu di urut, vitamin apa yang bagus". Sebagai tukang jahit memang sangat sibuk sekarang ini memandangkan tempahan yang banyak semperna hari raya yang bakal tiba. Ditambah pula tempahan kelas-kelas jahitan, memang tidak menang tangan. Murah rezeki dia. Semoga Allah memberikan kesihatan tubuh badan yang baik.

Oh ya. Saya apabila terbaca status beliau ini di fb teringat kembali apabila saya berada di negara matahari terbit dulu. Orang Jepun sangat rajin bekerja dan sangat menepati masa. Apabila kita berada di sana dan berurusan dengan mereka ketepatan masa perlu dijaga. Jadi untuk memastikan mereka sampai pada waktunya kita boleh lihat terutama di stesen-stesen keretapi semua orang berlari-lari untuk mendapatkan keretapi masing-masing. Saya sangat kagum terutama dengan perempuan-perempuan Jepun yang sangat suka berfesyen dengan kasut tumit tinggi dan skirt pendek pada musim sejuk sambil berlari mendapatkan keretapi mereka. Tidak berdayanyalah saya untuk berlari dengan kasut tumit tinggi seperti mereka. Saya lebih selesa untuk keluar awal dan jalan santai-santai sahaja.

Disebabkan kepenatan seharian bekerja, apabila balik ke rumah mereka mesti bersihkan diri dulu dan berendam dengan air suam. Setiap rumah, hotel dan hostel pasti mempunyai sebuah jakuzi walaupun ianya kecil yang hanya kadang-kadang kita cuma boleh duduk dan melunjurkan kaki. Memang hilang stress dan penat apabila dapat berendam dengan air suam. Sengal-sengal badan pun hilang. Lepas mandi jadi segar dan dapat bekerja dengan bersemangat pada keesokkan harinya. 

Itulah cara mereka. Jadi apa salahnya ambil yang baik untuk dicontohi dan gantung yang buruk buat pedoman. Memang tidak dapat dinafikan ada juga sifat-sifat mereka yang tidak elok tetapi biarlah dijadikan pengajaran bagi kita insan-insan yang boleh berfikir.


Saya boleh dihubungi melalui ;

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whtasapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites

Friday 12 June 2015

Kalau Berbisnes Hati Tak Boleh Selembut Roti Tisu

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualaikum.

Pengajaran yang saya perolehi semalam. Jika berbisnes hati perlu kering, kental, liat dan tak rapuh terutama berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai ragam dan karenah. Macam-macam permintaan ada. Kalau tak percaya jom bisnes baru tahu keadaannya. Kadang-kadang pening juga dibuatnya. Tapi inilah asam garam berbisnes. Kalau hati rapuh memang rasa macam nak mengalah.

Semalam bertemu dengan pelanggan yang sangat bermulut manis. Tak pernah bertemu cuma berbisnes melalui telefon sahaja. Saya terpedaya dengan rayuannya. Selalunya hati ni keras tapi nak buat macam mana. Memang rezeki dia. Memang sangat tidak berbaloi harga yang di minta. Tetapi tidak mengapalah.

Pengajaran baru untuk saya dalam penetapan harga bagi sesuatu barangan. Harga perlulah setimpal dengan modal dan usaha. Jangan letakkan harga terlalu rendah yang hampir dengan kos bahan. Selalunya dalam penetapan harga kita selalu tidak memasukkan upah pembuatan, kos air dan api yang kita anggap sedikit terutama apabila kita bekerja dari rumah. Sepatutnya upah, kos air dan elektrik perlu ditambah sekali barulah kita akan rasa berbaloi. Upah itu pun perlu dikira berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan satu tugasan. Kalau tugasan itu rumit harganya pun perlulah mahal sedikit. Tetapi ini perlu diterangkan kepada pelanggan jika mereka setuju barulah boleh diteruskan.

Jika tidak kita yang akan rugi nanti. Tetapi kalau dah rugi anggap sahaja itu bukan rezeki kita. Esok lusa adalah rezeki baru yang ditakdirkan untuk kita.


Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fanpage : LeeyaSweetBites

Thursday 11 June 2015

Diari Anak-anak Cuti Sekolah

Teks : Norlia Amat Mohtar


Assalamualaikum.


Sambil buat kerja sambil tengok Upin Ipin. Seronok Upin Ipin keluar rumah main dgn kawan-kawan. Opah tak risau hilang pun. Itu kalau dulu-dulu zaman kita masih budak-budak bolehlah. Seronok bukan main lagi petang-petang tunggu kawan-kawan datang main macam-macam tak ingat dunia sampai maghrib. Balik pun bila mak jerit suruh balik.

Tak merasalah anak-anak sekarang, zaman macam kita dulu-dulu yang tak perlu risau keselamatan. Maklumlah orang kampung, selalu tolong tengok-tengokkan anak orang lain. Orang kampung pun kenal kita anak siapa. Nak buat jahat pun malu nanti mak ayah dapat malu sekali. 

Tetapi sekarang, tengok anak sendiri. Cuti sekolah terpaksa tengok tv, main telefon, lompat-lompat dan sepah-sepah barang dalam rumah sahaja. Habis kerusi makan semua dia buat keretapi, batal dia buat kubu askar atau adiknya dia buat kuda. Nak marah memang tak sampai hati sebab itu yang ada di rumah. Jadi sebagai working at home mom ni kenalah banyak bersabar dengan karenah anak-anak semasa cuti sekolah. Nak bagi main di luar sendiri takut jadi apa-apa. Maklumlah zaman sekarang orang yang tak berapa baik ni ramai. Daripada jadi perkara yang tak diingini baik dielakkan. Jadi tunggu petanglah baru boleh bawa mereka keluar jalan-jalan. 

Main dengan kawan-kawan masa di sekolahlah ya anak-anak. Kesiannya. Semalam abang dah tanya, "Bila nak pergi sekolah". Mesti dia rindu nak jumpa kawan-kawan. Tapi bila hari sekolah, liatnya lah dia nak bangun. Sabar ajelah.


Bisnes Bakeri Di Rumah


Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fanpage : LeeyaSweetBites

Tuesday 9 June 2015

Puteri Jelly untuk Anak Alergik Susu

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi

Malam tadi hantar puteri jelly dan apam nasi untuk anak kawan saya. Masa order dulu mama dia nak kek, atau jelly yang tak guna susu, telur, ovallate dan gelatin. Anaknya alergik susu lembu atau 'lactose intolerance' jadi mamanya perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan. Tetapi kali ini anaknya teringin nak potong kek sambut hari jadi bersama dengan kawan-kawan. 

Kek tanpa telur memang boleh tetapi ia akan mempengaruhi rasa dan tekturnya. Melalui pembacaan, ada beberapa bahan yang boleh menggantikan telur dalam pembuatan kek contohnya puree buah, kanji kentang atau tepung soya. Tetapi disebabkan saya belum pernah cuba resepi dengan menggunakan bahan ganti telur ini, maka kami memilih untuk buat puteri jelly bersama apam nasi sebagai goodies. Resepi apam nasi boleh baca disini.

Apa yang saya boleh katakan,

"Ia mungkin nampak perkara yang biasa-biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi orang tertentu ia menjadi tersangat istimewa"

Terharunya bila Dina sangat gembira dan teruja menerima puteri jellynya. Maklumlah pertama kali nak sambut hari jadi dengan kawan-kawan. Tiada apa yang boleh saya ceritakan. Biarlah gambar yang berbicara.

Selamat Hari Lahir Irdina. Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Amin.







Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fanpage : LeeyaSweetBites


Sunday 7 June 2015

Beza Tepung Naik Sendiri Dengan Tepung Kek

Teks : Norlia Amat Mohtar


Assalamualaikum,


Ada yang terkeliru ke diantara tepung naik sendiri dengan tepung kek. Tepung naik sendiri ni sebenarnya tepung pelbagai guna yang telah ditambah dengan baking powder dan garam. Jadi jika kita menggunakan tepung naik sendiri di dalam resepi tidak perlulah untuk menambah lagi baking powder dan garam. Ini juga dapat memudahkan kerja.

Tetapi jika kita ingin membuat sendiri tepung naik sendiri pun boleh. Caranya adalah dengan menyukat satu cawan tepung pelbagai guna. Kemudian ditambah dengan 1/4 sudu teh garam dan dan 1 1/4 sudu teh baking powder.

Itulah caranya jika kita ingin membuat tepung naik sendiri di rumah. Mudahkan!

Manakala tepung kek pula tepung yang mempunyai kandungan gluten yang lebih rendah dengan terdapat sedikit tepung jagung didalamnya. Di dalam tepung kek tidak terdapat baking powder dan garam. Jadi sekiranya kita menggunakan tepung kek, baking powder dan garam perlu ditambah. Jangan lupa!



*****

Berita menarik bagi pengusaha Homestay. Mari beriklan bersama kami di dalam e-book Akademi Bekerja Di Rumah dengan harga yang berpatutan. ABDR mempunyai rangkaian yang luas diantara blogger yang boleh membantu meningkatkan hasil jualan.

Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut:

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fanpage : Leeya SweetBites

Saturday 6 June 2015

Tepung kek Buat Sendiri

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualaikum.


Tepung kek pada kebiasanya digunakan dalam kebanyakkan resepi kek tetapi tidak semua. Tepung kek ini selalunya tepung yang mmempunyai gluten yang lebih rendah iaitu 8% berbanding daripada tepung pelbagai guna biasa iaitu 10-11%. Kandungan gluten sangat penting dalam pembuatan kek kerana ia mempengaruhi beberapa faktor. Baca disini 

Kita boleh buat sendiri tepung kek di rumah. Ianya sangat mudah. Sebagai contoh ; Sukat satu cawan tepung pebagai guna. Kemudian buang dua sudu besar tepung pelbagai guna tadi dan gantikan dengan dua sudu besar dengan tepung jagung. Tepung jagung bersifat neutral dan akan bertindakbalas dengan bahan-bahan kek lain seperti gula untuk menghasilkan gluten.  

Kemudian ayak sebanayak 5 kali. Fungsi mengayak adalah untuk menjadikan tepung pelbagai guna dan tepung jagung sebati bersama serta menjadikan tepung kek lebih ringan. 

Ok. Sedikit perkongsian dari pembacaan daripada saya untuk hari ini. Semoga dapat membantu sesiapa yang memerlukan terutama bagi yang baru berjinak.





*********

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dengan memilih kelas asas berikut ;

1. Kelas Asas Blog dan Fanpage
2. Kelas Asas Blog dan Instagram

Pendaftran dibuka setiap hari,  kelas pula akan dijalankan secara online dan offline. Akan diberi tunjuk ajar oleh guru yang berpengalaman.


Untuk mendaftar boleh hubungi saya:

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fanpage : LeeyaSweetBites

Thursday 4 June 2015

Resepi Apam Nasi Mudah

Teks: Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.

Semalam ada sahabat menempah apam nasi untuk minggu depan. Saya memang tidak pernah buat apam nasi tetapi dia siap beri resepi. Mahu tidak mahu saya pun terus cuba di rumah mak memandangkan saya masih bercuti di kampung dan yang lebih penting mak boleh jadi tukang rasa. 

Resepi yang sahabat saya beri adalah dari Pn. Sabrina Khan. Apam nasinya cukup senang dan bahan-bahanya pun mudah diingat. Yang penting sukat guna cawan ya. Disebabkan cawan penyukat tiada, saya guna sahaja cawan kopi pyrex emak. Asal boleh.

Mari kita lihat bahan-bahan yang digunakan oleh beliau. Saya memang ikut semua sukatan dan cara yang diberi oleh Pn. Sabrina Khan.

Bahan-bahan.

2 cawan nasi
1 cawan gula
2.1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1.1/2 sudu besar yis

Cara-cara penyediaan

1. Blend nasi, gula dan air sehingga hancur dan sebati.

2. Sukat tepung gandum, tepung beras dan yis dan masukkan dalam satu bekas.

3. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul sebati sebelum di perap selama 3 jam.

4. Selepas 3 jam panaskan air kukusan sehingga mendidih dan masukkan adunan yang telah dimasukkan kedalam loyang atau acuan apam. Saya guna loyang sebab tiada acuan. Jika mengunakan acuan apam bolehlah di kukus selama 15 minit. Saya pula kukus selama 30 minit.



Inilah hasilnya percubaan pertama apam nasi saya. Kena cuba lagi ni tapi mak kata dah ok. Sedap. Selamat mencuba!

Saya boleh dihubungi melalui:

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites



Wednesday 3 June 2015

Realiti : Ramai belia yang bengkrap

Teks : Norlia Amat Mohtar


Assalamualaikum.

Setiap hari seramai 41 orang belia diistihar muflis disebabkan pelbagai bebanan hutang.  Bebanan hutang yang tertinggi adalah hutang sewa beli kereta diikuti dengan pinjaman peribadi dan penjamin. Gaya hidup mewah menjadi punca utama belia Malaysia muflis. Sebagai contoh baru mula bekerja sudah ambil kereta mewah yang akan menggunakan separuh daripada gaji mereka. Itu belum lagi untuk perbelanjaan penyelenggaraan, minyak dan tol.

Menurut pakar kewangan, kebanyakkan belia yang muflis adalah disebabkan tidak pandai menguruskan wang dan bersifat boros. Hanya mahu kelihatan ada kelas sanggup berbelanja besar. Geleng kepala saya. Tetapi saya pun faham jiwa orang muda yang sememangnya mahu kelihatan bergaya kerana saya juga pernah boros dalam berbelanja. Sehinggakan setiap hujung bulan kredit kadlah yang dihulur semasa membeli barang. Duit gaji yang cuma beberapa ribu itupun saya tidak mampu mengurus dengan baik. 

Peratus jumlah hutang cuma boleh 40% sahaja daripada gaji. Contohnya jika gaji RM1000. Hutang rumah, kereta, pinjaman peribadi, dll tidak boleh lebih daripada RM400. Hurmmm..boleh ke ni? Macam mustahil sahaja dengan hanya RM400 untuk membayar hutang dengan kos sara hidup yang agak tinggi.

Inilah intipati yang dapat saya simpulkan daripada program bual bicara yang disiarkan di televisyen. Sangat perlu berhati-hati terutama apabila kita ingin menambah hutang yang sedia ada terutama kakitangan kerajaan yang tersangat mudah untuk terbeban dengan hutang.



Saya boleh dihubungi melalui ;

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites


Tuesday 2 June 2015

Tips untuk menyukat butter, kekacang dan bar coklat

Teks : Norlia Amat Mohtar

Assalamualikum.


Perkongsian kali ini adalah bagaimana cara untuk mengukur bahan-bahan lain seperti butter, shortening, kekacang, telur dan peanut butter. Bahan-bahan ini tidak termasuk di dalam kategori bahan kering atau cecair, ia mungkin diketegorikan di dalam bahan semi-pepejal atau tiada kaitan seperti kekacang. 

Butter & Shortening
Lemak yang berbentuk pepejal pada suhu bilik termasuklah butter dan shortening. Jadi cara menyukat juga agak berbeza. Kebanyakkan butter akan dibungkus dalam kuantiti 250g dan mempunyai tanda pada setiap 50g. Ini memudahkan kita untuk membuat anggaran berat berpandukan pada garisan tersebut. Jika perlu diukur dengan menggunakan cawan. Butter dan shortening perlu ditekan di dalam cawan penyukat sehingga tiada ruang udara dan diratakan dengan menggunakan belakang pisau

Bahan-bahan cincang
Bahan-bahan yang diketegorikan boleh dicincang adalah seperti kekacang, bar coklat ataupun buah-buahan kering. Perlu dipastikan dahulu resepi samaada bahan tersebut perlu dicincang dahulu baru disukat atau disukat dahulu baru dicincang.

Telur.
Pada kebiasaan telur tidak perlu diukur. Memadai dengan beberapa biji yang diperlukan oleh sesuatu resepi. Jika di dalam resepi tidak menyatakan gred telur yang digunakan boleh dianggap telur bersaiz besar iaitu gred A. 

Peanut Butter
Peanut butter mempunyai tekstur seperti shortening di mana ianya likat, melekik dan sukar untuk diurus. Jadi cara menyukat adalah dengan menyudu peanut butter ini ke dalam cawan penimbang kering sehingga penuh yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Fungsi minyak adalah untuk memastikan peanut butter tidak melekat pada cawan.

Ok. Nanti saya kongsikan lagi tips-tips yang lain. Semoga dapat membantu.

Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites

Monday 1 June 2015

Resepi Keledek Jepun Bakar

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum.

Entri kali ini tersasar sikit daripada cerita kek dan bakeri. Tetapi resepi ini masih menggunakan oven. Tambahan pula sekarang ini musim hujan di kampung, jadi suasana pun agak sejuk. Teringat sangat keenakkan keledek jepun bakar yang lembut, harum dan manis itu terutama apabila dimakan pada musim sejuk. Wahh..rindunya.

Nasib baik keledek jepun ini mudah diperolehi di Supermarket besar seperti AEON, Econsave, Tesco dan lain-lain lagi. Harga untuk sekilo pun baru RM9. Kalau kita bakar sendiri akan lebih murah jika dibandingkan apabila kita membeli yang sudah siap di bakar.

Ini resepi yang paling mudah dan pasti sedap. Bahan-bahan yang digunakan juga sedikit.


Bahan-bahan.

3/4 biji Keledek jepun saiz sederhana dan
Aluminium foil



Cara Penyediaan.

1. Basuh bersih keledek jepun tersebut. Seeloknya beli yang saiz agak sama supaya masak dengan sekata. Tak perlu dipotong dan pastikan tiada luka hirisan dan tebukkan. Jika terdapat luka apabila kita bakar nanti airnya akan keluar dan menyebabkan keledek agak kering.

2. Bungkus dengan menggunakan aluminium foil. Fungsi aluminium foil untuk mempercepatkan keledek masak.

3. Bakar dengan oven selama 30 minit pada suhu 200C.

Haa. Mudahkan! Kalau nak lagi mudah lepas basuh boleh terus masukkan keledek kedalam oven dan terus bakar.


Boleh dibuat juadah sarapan pagi atau minum petang. Anak-anak pasti suka.


Saya boleh dihubungi melalui :

Email : norlia.amatmohtar@gmail.com
Whatsapp (Sahaja) : 019-2693070
Fan page : LeeyaSweetBites